Kerjasama:
Pertubuhan Gagasan Anak Kampung Layang-Layang Kluang, Johor
Penerangan:
KK MART menyokong inisiatif dari Pertubuhan Gagasan Anak Kampung Layang-Layang, Kluang Johor sempena program sumbangan bulan Ramadan dan hari raya. Inisiatif kebajikan ini turut dibantu oleh warga kampung sekitarnya dalam usaha menjayakan kerja amal. Antara usaha yang dilaksanakan adalah aktiviti memasak bubur lambuk dan jamuan berbuka yang diagihkan kepada anak yatim, ibu tunggal, dan warga emas yang uzur. Semoga kemanisan menyambut bulan ramadan dan juga hari raya dapat dirasai oleh mereka semua sekali gus memberikan sinar keceriaan ketika beribadah dan menyambut perayaan hari raya.
Bulan aktiviti:
Mac 2026










