YAYASAN WAQAF PENDIDIKAN ANAK YATIM ATAU MISKIN MALAYSIA (YAWATIM)-MAJLIS IFTAR BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & MISKIN (PEYATIM)


Kerjasama:

Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia (YAWATIM)

Penerangan:

Anak-anak kecil memerlukan kasih sayang dari kecil namun jika ditakdirkan ibubapa mereka telah tiada maka insan sekeliling menjadi tempat anak-anak ini untuk menumpang kasih. Melalui majlis Iftar Perdana PEYATIM di Negeri Perlis, KK MART turut hulurkan sumbangan. Tahun ini Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, Kangar menjadi tuan rumah menyambut kedatangan anak-anak daripada Ahli Gabungan PEYATIM Zon Utara melibatkan negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Dirasmikan oleh YB Datin Marzita binti Mansor, EXCO Kebajikan Negeri Perlis yang mewakili YAB Menteri Besar Perlis. Majlis ini turut dihadiri oleh YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor, Presiden PEYATIM merangkap Penaung program serta barisan kepimpinan kanan PEYATIM yang turut sama memeriahkan program. Terima kasih YAWATIM di atas inisiatif kerjasama ini. Semoga berkekalan demi kesejateraan anak-anak istemewa ini.

Bulan aktiviti:
Mac 2026

Image Gallery


Related Posts