Kerjasama:
Malaysia Chinese Association (MCA)
Penerangan:
Sempena Hari Wanita Antarabangsa dan sambutan ulang tahun ke-50 Wanita MCA, KK MART menyokong satu kempen kesedaran ‘Give to Gain Together in a Community of Care” iaitu kempen Kesihatan & kesejahteraan buat komuniti berbilang kaum. Program ini memberikan pendedahan awal kepada gaya hidup dan amalan kesihatan yang lebih sihat. Kempen ini memberikan akses pemeriksaan secara percuma kepada komuniti seperti tekanan darah, ujian kolesterol, pemeriksaan kesihatan kanser serviks, kanser kolorektal dan prostat, pemeriksaan pergigian, mulut, dan saringan mata. Semoga kempen ini dapat meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan penjagaan kesihatan awal agar dapat melahirkan generasi muda yang lebih sihat dan beban penyakit.
Bulan aktiviti:
Mac 2026









