Kerjasama:
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Penerangan:
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Singgah Sahur yang turut dihadiri oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Zulkifli bin Hasan. Kehadiran beliau adalah sebagai tanda keprihatinan dalam usaha menyantuni petugas barisan hadapan di sekitar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL). Agihan juadah sahur dan 100 goodies bag telah dihulurkan kepada anggota keselamatan sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka sentiasa komited menjaga keamanan negara. Keperihatinan ini dizahirkan dengan kerjasama pihak JAWI dan juga lain-lain agensi termasuk KK MART dalam program ini. Semoga ukhuwah akan terus terjalin dan nilai keperihatinan terhadap petugas barisan hadapan akan menjadi tanggungjawab bersama.
Bulan aktiviti:
Mac 2026







