Kerjasama:
Tmas Sdn Bhd
Penerangan:
Tahun ini sumbangan bubur lambuk menjadi pembuka tirai agenda KK MART pada bulan Ramadan. Kami bekerjasama dengan Tmas Sdn Bhd dalam menghasilkan 1,500 bekas bubur lambuk. Dari proses masak, pembungkusan dan agihan semua dilaksanakan bersama. Antara penerima sumbangan ialah Kompleks Darul Kifayah MAIWP, Masjid Ibnu Khaldun, Pekan Sg. Besi, Bahagian Operasi MEX Highway, Anggota-anggota Unit Polis Bantuan, Pengguna dan penumpang Terminal Bersepadu Selatan (TBS) & kakitangan TMAS Sdn Bhd di Terminal Bersepadu Selatan serta kakitangan KK MART.
Bukan mudah namun kami ceria membuat kebajikan demi untuk menceriakan masyarakat sekeliling
Bulan aktiviti:
Mac 2026










