Kerjasama:
Persatuan BB Charity Society
Penerangan:
“Tangan yang menghulur, jiwa yang bersyukur”
KK MART terus komited berkongsi rezeki menghulurkan sumbangan amal kepada dua (2) rumah kebajikan di bawah Persatuan BB Charity Society iaitu Rumah Kebajikan Mikhalai School Of Destiny dan Pusat Pemulihan Eagle Land Broga. Pelbagai barangan keperluan asas seperti bekalan makanan, minuman, pencuci dan ubatan yang menjadi pilihan utama mereka apabila melawat ke KK MART. Semoga sumbangan ikhlas yang dihulurkan bermakna buat mereka yang amat memerlukan dan dapat meringankan beban pengurusan penghuni rumah kebajikan yang terlibat.
Bulan aktiviti:
April 2026







