Kerjasama:
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Seri Saujana,KL
Penerangan:
Melalui Program Gerobok Rezeki Saujana, KK MART berpeluang menyumbang barangan keperluan asas kepada para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan dalam dua sesi penyerahan. Penyerahan pertama telah diadakan pada 26 Ogos 2026, melibatkan sumbangan barangan keperluan asas seperti minyak masak, bihun, gula, kicap manis dan pencuci pinggan mangkuk. Penyerahan kedua pula diadakan pada 22 September 2026, dengan sumbangan seperti minyak masak, bihun, kicap manis, tepung gandum dan mi segera.
Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban keluarga, di samping memberi semangat kepada para pelajar untuk terus menimba ilmu, mengembangkan potensi diri dan mengejar impian mereka.
Bulan aktiviti:
Ogos & September 2026









