PROJEK KK INFAQ RAMADAN 2025 – IFTAR BERSAMA ANAK ANAK YATIM KUANTAN, PAHANG.


Kerjasama:
Yayasan Waqaf Pendidikan Anak-Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM) & Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM)

Penerangan:

Bulan mulia ini, KK Super Mart menerima jemputan dari PEYATIM & YAWATIM untuk turut serta dalam satu majlis yang penuh barakah iaitu Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim di Rumah Kebajikan Permata Camar,Kuantan Pahang. Dalam kesempatan ini, KK Super Mart berjaya menyampaikan hasrat untuk menghulurkan sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim ini. Semoga dengan pemberian kecil ini dapat memberi keceriaan dan kegembiraan kepada anak-anak ini. Marilah kita ramai-ramai mendoakan anak-anak ini agar cekal dan tabah serta membesar menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

Bulan aktiviti:
Mac 2025

Image Gallery


Related Posts