PROJEK KK INFAQ RAMADAN 2025 – MERAIKAN JEMAAH MASJID WILAYAH ANJURAN KK SUPER MART & F&N KERJASAMA BERSAMA JAWI


Kerjasama:
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Penerangan:

Ramadan yang lalu, di Masjid Wilayah Persekutan, KK SUPER MART bersama F&N berpeluang menjalin kerjasama dengan JAWI dalam program Infaq Ramadan bersempena Nuzul Al-Quran. 500 pek makanan, 1200 pelbagai ais krim dan air untuk jemaah berbuka puasa diedarkan. Manakala dalam majlis berasingan, 80 unit beras ditaja KK SUPER MART serta barang dapur lain tajaan JAWI disumbangkan kepada 80 pekerja Masjid Wilayah bersempena bulan Ramadan. Majlis disertai oleh Pengarah JAWI iaitu YBRS. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan dan E.Muhamad Haikal Daniel selaku Pengarah & Lembaga Penasihat Perhubungan Korporat KK SUPER MART.Team KK SUPER MART & F&N turut sertai majlis berbuka puasa bersama 200 anak-anak Tahfiz. Mr.Calvin (Commercial Head of F&N Creameries) bersama 12 sukarelawan F&N berpeluang merasai pengalaman berbuka puasa di masjid dalam suasana yang harmoni. Semoga usahasama ini berterusan demi menjaga kebajikan komuniti di sekitar Kuala Lumpur.

Bulan aktiviti:
Mac 2025

Image Gallery


Related Posts