Kerjasama:
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Penerangan:
Menyambut baik inisiatif dari Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), team KK SUPER MART berganding bahu bersama penduduk PPR Intan Biduri & Tzu Chi Foundation ( KL & Selangor) dalam menjalankan aktiviti gotong royong & aktiviti kitar semula. Berpusat di outlet KK SUPER MART di PPR Intan Baiduri, sejumlah 240 sukarelawan berganding bahu menjayakan inisiatif ini. Dianggarkan 180 wakil penduduk turun membersihkan kawasan blok masing-masing manakala team Tzu Chi menguruskan aktiviti kitar semula. Peserta dari KK SUPER MART diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan tugas-tugas penbersihan di pelbagai kawasan. Turut hadir team DBKL memberi sokongan. Datuk Seri Dr.KK Chai, Pengasas & Pengerusi Eksekutif KK SUPER MART turut hadir bersama staff KK SUPER MART dalam membantu melakukan aktiviti cuci. Menariknya, setiap sukarelawan memperoleh saguhati dari KK SUPER MART sebagai tanda penghargaan. Terima kasih kepada E.Rashid (Pengerusi) PPR Intan Baiduri dan semua pendudk PPR yang membantu. Terima kasih kepada team Tzu Chi Foundation (KL & Selangor) hadir dan memberi garispanduan terbaik kepada kami dalam mengendalikan barang kitar semula.
Bulan aktiviti:
September 2025