HOSPITAL REHABILITASI CHERAS (HRC)-MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERALATAN KEPADA PENGURUSAN HRC


Kerjasama:

Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)

Penerangan:

Pada 7 Julai 2026 lalu di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), KK MART berpeluang menyampaikan sumbangan peralatan kepada pihak pengurusan HRC. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Datuk Seri Dr KK Chai selaku Pengarah KK MART diiringi bersama Dr Faizul Nizam bin Abu Salim, Pengarah HRC. Antara peralatan yang disumbangkan termasuk alat pemproses makanan, ketuhar gelombang mikro, mesin pengisar makanan, hand mixer, bekas kopi, jug, troli, bekas simpanan dan beberapa barang lain yang dapat membantu melancarkan operasi harian hospital. Kehadiran KK MART disambut mesra dengan persembahan dan nyanyian dari kakitangan HRC dan gelak tawa kanak-kanak. Kami juga berpeluang melawat wad, sekolah dalam HRC dan pusat gimnasium. Sebelum mengakhiri lawatan, Datuk Seri KK Chai berkesempatan menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada semua 30 kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). Mereka ditemani oleh penjaga masing-masing yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan datang dari seluruh pelosok Malaysia. HRC dibina pada tahun 2012 dan mempunyai 6 wad yang mampu menampung 166 katil dalam satu-satu masa. HRC mempunyai 14 orang pakar perubatan dan 279 orang jururawat. Hospital ini menempatkan pesakit yang mendapatkan rawatan pemulihan seperti strok, ortopedik, atau akibat kemalangan. Menariknya HRC mendapat pengiktirafan berprestij iaitu diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan (CoE) Kebangsaan dalam bidang Perubatan Rehabilitasi Negara oleh KKM dan sebagai hospital 5 - Star Awards for Outstanding Quality & Performance 2024 oleh KKM. Turut hadir ialah Encik Muhamad Haikal Daniel, Ketua Lembaga Penasihat Hal Ehwal Kerajaan dan Kawal Selia; Dr. Chern Phei Ming, Pakar Perunding Perubatan Rehabilitasi merangkap Ketua Unit Rehabilitasi Pediatrik; serta Encik Azari bin Abu Adam, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras.

Bulan aktiviti:

Julai 2026

Image Gallery


Related Posts