Kerjasama:
Masjid Jamek, KL
Penerangan:
Bersempena dengan bulan Ramadhan 2026, syarikat KK SUPER MART menghulurkan bantuan berganda kepada Masjid Jamek, KL. Stok barang makanan bulanan untuk ditempatkan di Gerobok Muhibbah dan juga stok beras, minyak masak dan air minuman untuk program bubur lambuk. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan tanggungjawab sosial korporat (CSR) KK Super Mart membantu golongan yang memerlukan dan mengimarahkan lagi suasana Ramadhan. Semoga sedikit sumbangan ini dapat membawa keceriaan kepada komuniti setempat. Satu ukhuwah, sejuta makna.
Bulan aktiviti:
Februari 2026










