Kerjasama:
Persatuan Sinaran Hidup
Penerangan:
Infaq Kotak Makanan Keluarga direalisasikan lagi dengan kerjasama Persatuan Sinaran Hidup. Melalui majlis Amal Iftar Perdana, agihan sumbangan diserahkan kepada wakil rumah Kebajikan, anak-anak yatim, asnaf dan keluarga B40. Kehadiran istimewa juga YB Menteri Perpaduan Negara , YB Dato Aaron, Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis Dato Seri Diraja Syed Amer Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Raja Syed Putra Jamalullail dan Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din. Terima kasih kepada Persatuan Sinaran Hidup di atas pelawaan dan membuka ruang kepada kami untuk menyampaikan bantuan.
Bulan aktiviti:
Mac 2025