Kerjasama:
Persatuan Karate Do Goju Kai Selangor
Penerangan:
KK SUPER MART terus menjadi tunjang utama dalam penganjuran Kejohanan Karate Do Goju Kai Kali Ke-14 anjuran Persatuan Karate Do Goju Kai Selangor. Program ini menghimpunkan atlet-atlet muda daripada pelbagai peringkat umur dan negara untuk memperkukuh disiplin, ketahanan mental serta semangat kesukanan. Penajaan ini mencerminkan komitmen KK SUPER MART dalam memupuk penyertaan belia dalam aktiviti sukan dan pembangunan bakat. Diharapkan kejohanan ini dapat menjadi platform untuk mencungkil potensi atlet muda ke peringkat yang lebih tinggi.
Bulan aktiviti:
November 2025










