SUMBANGAN AMAL (BULANAN)- KELAB PEDULI KOMUNITI SAYANGI SELANGOR


Kerjasama:

Kelab Peduli Komuniti Sayangi Selangor

Penerangan:

KK SUPER MART terus menyokong inisiatif Kelab Peduli Komuniti Sayangi Selangor dalam usaha mengagihkan sumbangan kepada insan yang kurang bernasib baik. Kali ini, berkesempatan menyantuni pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat, Selangor. Stok barangan makanan ditempatkan di Gerobok Foodbank pihak Kolej bagi memudahkan agihan kepada pelajar yang dari keluarga B40. Lokasi seterusnnya adalah di pusat rumah jagaan warga emas Al-Fikrah, surau Tanming dan surau Jenaris di Kajang. Bantuan berupa beberapa stok makanan keperluan dihulurkan kepada warga emas, dan penghuni surau. Semoga sumbangan ikhlas ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan dan memastikan kebajikan warga emas dan juga golongan mereka yang asnaf tidak dipinggirkan masyarakat.

Bulan aktiviti:
Februari 2026

Image Gallery


Related Posts