BANDAR TASIK SELATAN, KUALA LUMPUR – Kekurangan bekalan darah merupakan satu polemik yang membimbangkan di negara ini. Justeru, dengan kolaborasi bersama Pusat Darah Negara (PDN), KK SUPER MART telah menganjurkan Kempen Derma Darah berinspirasikan 1 Beg Darah Mampu Selamatkan 3 Nyawa. Program sehari ini diadakan pada hari Khamis, 23 November 2023 lalu.
Objektif utama program ini diadakan ialah sebagai satu langkah membantu Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di dalam negara ini. Program ini juga dapat menggalakkan orang ramai khususnya warga kakitangan KK SUPER MART serta orang awam untuk berpeluang menderma darah dan secara tidak langsung mampu menyelamatkan nyawa individu lain.
Sepanjang program ini berlangsung, ia mendapat sambutan dan penyertaan yang memberangsangkan dari wakil-wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kelab Rela Kehormat & Bersekutu Wilayah Persekutuan, TEKUN Nasional, Dewan Perhimpunan Cina Malaysia (MCAH) dan Kelab Lions Kuala Lumpur Taman Tun. Seramai 300 orang mengunjungi kempen ini bermula pada pukul 10 pagi hingga 4 petang di Aras G, Bangunan Maju Link, Bandar Tasik Selatan. Kutipan beg darah berjaya dikumpulkan melebihi sasaran 100 beg dalam sehari.
Rata-rata penderma bersemangat untuk menyertai kempen ini. Mereka sedar akan manfaatnya. Antaranya boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung, Selain itu satu kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 kalori dalam badan seseorang dalam satu sesi serta mampu mengurangkan berat badan serta mencegah obesiti.
Harapan syarikat agar kempen derma darah anjuran KK SUPER MART akan datang mencapai sasaran untuk mendapatkan 300 beg darah sehari. Kempen ini akan dijalankan secara berkala pada setiap tahun dan akan menarik lebih ramai penderma dari golongan belia pelbagai bangsa.
Turut hadir menderma ialah YBhg. Datuk Seri Dr.KK Chai selaku pengasas KK SUPER MART & YBhg. Datuk Seri Michael Chong selaku Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA.
Puan Siti Zahilda (Pengurus Perhubungan Korporat KK SUPER MART)
017-6619795