26 Nov 2023, SERI KEMBANGAN, SELANGOR – Kejohanan Karate Terbuka KK Goju Kai Selangor ke-12 tahun ini kembali lagi dalam menghangatkan gelanggang sukan seni mempertahankan diri, karate.
Kejuaraan tahun ini melakar pencapaian membanggakan apabila 9 negeri di Malaysia iaitu Selangor, Perak, Kedah, Penang, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka menghantar penyertaan skuad dalam mempamerkan prestasi hebat.Lebih dari 500 peserta mendaftar dan mereka terdiri daripada remaja di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Yang Berbahagia Puan Azura Hj. Sarbin iaitu Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor (JBS) merasmikan kejohanan ini dan diiringi oleh Penasihat persatuan Karate Do Goju Kai Selangor iaitu Yang Berbahagia Datuk Seri Dr.KK Chai.
Persatuan Karate DO Goju Kai Selangor mula diasaskan pada tahun 2008 di bawah kempimpinan Master Yondan. J.Sithambaram. Pada awal penubuhan, penyertaan hanya dalam 100 peserta namun terus meningkat dimana 2019 menunjukkan 457 penyertaan berbanding tahun sebelum ini seramai 334 penyertaan.
Banyak kejohanan disertai dan tidak menghampakan apabila berjaya membawa banyak kemenangan kepada persatuan seperti 12 emas dalam 3RD Speed Power Shotokan Data Sukan International School Open Championship 2023, 14 emas dalam 1st Shotokan Hayaidesu Karate Championship 2023 dan beberapa kejuaraan lagi.
Dalam membantu memperkasakan sukan seni mempertahankan diri, Datuk Seri Dr.KK Chai yang juga pengasas KK SUPER MART berpendapat seni mempertahankan diri adalah kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar sekolah pada zaman sekarang. Bukan sahaja sebagai langkah keselamatan diri malahan membina keyakinan diri, kecergasan, disiplin diri dan kemahiran sosial.
Dalam setiap kejohanan karate anjuran Persatuan Karate Do Goju Kai Selangor, KK SUPER MART memberi sokongan dalam banyak aspek bagi menjayakan aktiviti bermanfaat ini seperti meMperluaskan publisti. Kelebihan ini dilihat apabila anjuran kejohan oleh persatuan Karate-Do Goju-Kai Selangor samada di peringkat Malaysia atau di peringkat antarabangsa sentiasa dinantikan oleh para peserta, persatuan serta ibu bapa.
Kejohanan diadakan selama 2 hari dan disediakan pelbagai kemudahan seperti dewan besar berhawa dingin lengkap dengan kemudahan, pemberian sarapan, makanan tengahari, cenderahati T-Shirt, cenderamata, pingat dan sijil kepada peserta. Para pengunjung turut dapat menikmati makanan dan minuman dari syarikat terkemuka seperti F&N, Nestle, Adabi, Gardenia, Mighty Bakery dan banyak lagi.
Harapan KK SUPER MART agar lebih banyak syarikat lain dapat memainkan peranan dalam menyokong aktiviti sukan di peringkat sekolah. Ini bertujuan agar dapat menarik minat lebih ramai remaja menceburkan diri dalam aktiviti sukan.
Master Yondan. J.Sithambaram (Pengasas Persatuan Karate Do Goju Kai Selangor)
016-3868273
Puan Siti Zahilda (Pengurus Perhubungan Korporat KK SUPER MART)
017-6619795