
GOJUKAI KARATE CHAMPIONSHIP 2024
KUALA LUMPUR, 17 November 2024 – Berlangsung di South City Plaza, Seri Kembangan, Kejohanan Antarabangsa KK Karate-Do Goju-Kai kali ke-13 di bawah pimpinan Presiden Persatuan Master Yondan J.Sithambaram dilihat mampu menjadi platform hebat untuk membangunkan bakat muda di peringkat akar umbi dalam sukan seni mempertahankan diri Karate-Do.
“Setiap tahun KK SUPER MART sentiasa komited dan memberi sokongan kepada Persatuan Karate-Do Goju-Kai Selangor untuk terus menganjurkan Kejohanan Antarabangsa KK Karate-Do Goju-Kai. Membelanjakan peruntukan untuk niat yang baik untuk pembangunan seperti sukan ini perlu diutamakan. Pada Kejohanan Pertama Goju-kai, persatuan menerima hanya 100 penyertaan. Tahun ini saya difahamkan kita ada seramai 430 peserta Saya percaya angka penyertaan akan terus bertambah pada tahun 2025 dan tahun-tahun mendatang” ujar Penasihat Persatuan Karate-Do Goju-Kai Selangor merangkap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd, Datuk Seri Dr. KK Chai. Tujuan kejohanan adalah untuk memupuk dan mengembangkan karate sambil mempromosikan karatekas muda di Malaysia.
Karate-Do merupakan salah satu seni pertahankan diri yang melibatkan harga diri dan disiplin para peserta. Karate-Do diamalkan oleh pelbagai komuniti untuk kecergasan badan serta kecergasan minda. Dengan melibatkan diri dalam Karate-Do, belia dapat menghindari diri daripada gejala sosial yang tidak sihat. Karate-Do akan membina kualiti-kualiti seseorang dan melahirkan golongan belia yang berorientasikan kejayaan, kerja berpasukan dan menumpukan perhatian.
Tahun 2024 merupakan tahun ke-13 Kejohanan KK Karate-Do Goju-Kai Peringkat Antarabangsa dianjurkan. Penyertaan adalah lebih dari 430 peserta dari 27 kelab termasuk penyertaan dari negara luar seperti India. Kejohanan peringkat antarabangsa ini melibatkan juga penyertaan dari negeri seperti Pahang, Kedah, Perak, Johor dan lain-lain lagi. Setiap tahun akan melibatkan lebih dari 40 orang krew 40 jurulatih dari pelbaga persatuan. 352 pingat dipertaruhkan.
“Satiap tahun KK SUPER MART akan memberi sokongan penuh kepada Persatuan Karate Do Go Jukai Selangor. Pelbagai kemudahan akan kami usahakan agar semua peserta, ibubapa, jurulatih, pengunjung gembira dengan apa yang kami sediakan. T-Shirt peserta, kelengkapan dewan yang selesa, kemudahan tempat duduk untuk tetamu dan makan dan minuman turut disediakan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, KK SUPER MART mendapat sokongan padu dari beberapa penaja seperti Nestle, F&N, Gardenia, Mighty Bakery, Produk Calpis & Spritzer”.ujar Datuk Dr.Seri KK Chai.
KK SUPER MART sentiasa mengekalkan momentum untuk terus bersinar dalam pelbagai aspek. Mempunyai 903 cawangan kini di seluruh Malaysia tidak menghalang jenama KK SUPER MART berjaya bukan sahaja dalam perniagaan malahan dalam soal kebajikan kepada komuniti setempat. Pelbagai aktivit kebajikan seperti menyediakan bekalan barang keperluan di beberapa rumah ibadah, mengagihkan bakul makanan kepada kumpulan sasaran B40, menyalurkan sumbangan ke rumah warga emas dan anak-anak yatim serta memberi bantuan sumbangan kepada agensi badan bukan kerajaan.
Percambahan Outlet KK SUPER MART yang beroperasi 24 jam turut dilihat di beberapa lokasi baru seperti di universiti, pusat membeli belah dan hospital. Ini bagi memudahkan komuniti mudah mendapatkan keperluan yang diperlukan pada bila-bila masa dan dimana jua. Dengan kapasiti lebih daripada 5500 pekerja di seluruh Malaysia, syarikat dilihat mampu bersedia mengharungi cabaran meskipun dihimpit dengan pelbagai faktor mencabar dari sudut ekonomi, sosial dan lain-lain lagi.