MALAM MAHABBAH


KK Super Mart Sumbang Makanan Dan Barang Keperluan Kepada Agensi Agama Melalui Konsep Gerobok Makanan Untuk Agihan Kepada Masyarakat

11 OKT - Baru baru ini di Sime Darby Convention Centre, Dr. Anis Rasyid Baswedan iaitu mantan Menteri Pendidikan Dan Kebudayaan Indonesia menghadiri satu jamuan khas yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan (Al-Jamiatul Khairiah) Selangor Dan Wilayah Persekutuan.

Menurut Dato’ Seri (Dr) Syed Hussien Al-Habshee selaku Pengerusi Pertubuhan Kebajikan (Al-Jamiatul Khairiah) Selangor Dan Wilayah Persekutuan, Malam Mahabbah Bersama Dr.Anis Rasyid Baswedan bertujuan meraikan Dr.Anis sebagai tokoh politik yang disegani di Indonesia dan Malaysia. Beliau adalah bekas gabenor Jakarta dari 2017 hingga 2022 dan kini merupakan seorang calon presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029. Kehadiran Dr.Anis ke Malaysia di atas jemputan Institut Pemikiran Dan Tamaduan Islam Antarabangssa (ISTAC) serta Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dr.Anis juga

Turut mendapat penghargaan khas pada malam tersebut ialah Datuk Seri Dr.KK Chai selaku Pengasas & Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK. Beliau dihargai di atas jasa dan sumbangan beliau sebagai ahli korporat yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Sejak tahun 2019, syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd memulakan projek GEROBOK MAKANAN dimana stok makanan dan barang keperluan harian diserahkan kepada agensi kerajaan dan 2 masjid utama di pusat bandar. Di dalam projek ini, setiap bulan sehingga kini syarikat secara konsiten membekalkan barang keperluan untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan.

Agensi tersebut ialah JAWI FOOD BANK, Gerobok Muhibbah di Masjid Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Bait Al-Mahabbah di Masjid Putra di Putrajaya dan terbaru di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang bakal dirasmikan pada akhir tahun ini. Kesemua agensi dan masjid ini dipilih di peringkat awal berdasarkan kepada proses pengurusan agihan sumbangan yang lebih berkesan dan kawasan sekitar yang padat dengan penduduk.

Menurut Datuk Seri Dr.KK Chai, dalam situasi yang mencabar ini banyak rakyat yang terkesan tidak kira di bandar mahupun di luar bandar apatah lagi selepas Malaysia berhadapan dengan pandemik Covid-19. Jadi dengan adanya kerjasama dengan pihak JAWI FOOD BANK dan 3 masjid melalui Gerobok Makanan ini diharap boleh menjadi satu saluran tambahan untuk masyarakat mendapatkan bantuan.

Selain daripada Gerobok Makanan, pengagihan BAKUL MAKANAN atau dikenali dengan Food Basket turut giat dijalankan sejak tahun 2020 hingga kini. Antara penerima bakul makanan ini adalah Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dimana 1000 kotak diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar negeri Pahang. Pada tahun ini syarikat memperuntukan RM500 ribu untuk projek ini dan mensasarkan golongan B40 dan dhaif sebagai penerima. Pengagihan Bakul Makanan ini mendapat respon yang baik dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup dimana pihak kementerian akan membantu dalam memudahkan urusan pengagihan di seluruh Malaysia.

Image Gallery


Datuk Seri Dr.KK Chai (tengah) menerima plaque penghargaan daripada Dr.Anis Rasyid Baswedan ( kanan) sempena Malam Mahabbah disaksikan oleh Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee

(Dari kiri) YB Senator Datuk Seri Dr. Mujahid, En.Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee, Dr.Anis Rasyid Baswedan, Datuk Seri Dr.KK Chai. YTM Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri Tunku Besar Tampin dan En.Mohamad Akmal Dato Johari

Related Posts